Monday, January 25, 2016

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

by  on JUNE 17, 2014
Post image for Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil
Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM200. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.
Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh rujuk “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“.
gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar 1 gram keluaran Public Gold.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM210 sekarang ni. Buat masa ini yangfamous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Gold dan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.
Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram power goldGold bar 1 gram yang diedarkan oleh syarikat Power Gold.
gold bar 1 gram poh kongGold bar 1 gram keluaran Poh Kong
Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Sebagai contohnya, harga per gram untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.
Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #1 saya di atas.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM700 – RM750, boleh beli syiling emas 1 dinar. Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.
1 dinar lbmaSyiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi berdasarkan pemerhatian saya, coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 8% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting juga, kita jimat daripada membayar caj GST 6% (disebabkan ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa –London Bullion Market Association). Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
Selain daripada faktor itu, ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold kalau sahabat pembaca nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah ejen Public Gold, cuma apa yang boleh saya katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!
Wallahu a’lam.
Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…

6 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan

Post image for 6 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan
Saya adalah penyimpan emas, bukan trader. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.
Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen itu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.
Itulah jawapan saya kenapa golongan “penyimpan emas” tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.
Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:
  1. Emas kalis inflasi
  2. Mudah dicairkan – emas adalah tunai
  3. Kekayaan di tangan kita
  4. Boleh dijadikan modal pusingan
  5. Ia aset mudah alih – mobile
  6. Kekayaan bertahan lama

#1 – Emas Kali Inflasi

Zaman Nabi dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ni, harga 1 dinar sekitar RM670. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari. Nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?
1 dinar seekor kambing zaman nabiNisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada fizikalnya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?

#2 – Senang Ditukar Kepada Tunai

Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas tu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas tu ke oversea sekalipun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.
dinar 916 public goldEmas adalah duit tunai dalam bentuk berbeza.

#3 – Kekayaan Di Tangan Kita

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Duit yang menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas.
duit syiling seringgitDuit syiling seringgit ini dah tak laku untuk urusan jual beli hari ini.

#4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan

Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab tu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan tu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
emas pasar siti khadijahEmas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu ialah simpanan dan modal pusingan mereka. Ia bukan sekadar perhiasan.

#5 – Emas Aset Mudah Alih

Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Sewaktu zaman peperangan panjang antara US dan Vietnam dahulu, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
emas kim than vietnamEmas menyelamatkan kekayaan pelarian Vietnam zaman peperangan dulu.

#6 – Kekayaan Bertahan Lama

Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Dan saya sendiri tak kira berapa banyak emas yang saya dah beli. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. (Saya tak perlu kira setiap tahun sebab emas tu juga saya jadikan stok pusingan bisnes emas saya. Sebagai peniaga emas, saya membayar zakat perniagaan emas, bukan zakat simpanan emas).
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.
suka kumpul simpan emasKesan psikologi berbeza bila simpan emas.
Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.

(Kredit kpd mentor saya Mohd Zulkifli Shafie)