Monday, January 25, 2016

Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

by  on JUNE 17, 2014
Post image for Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil
Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM200. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.
Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh rujuk “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“.
gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar 1 gram keluaran Public Gold.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM210 sekarang ni. Buat masa ini yangfamous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Gold dan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.
Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram power goldGold bar 1 gram yang diedarkan oleh syarikat Power Gold.
gold bar 1 gram poh kongGold bar 1 gram keluaran Poh Kong
Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Sebagai contohnya, harga per gram untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.
Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #1 saya di atas.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM700 – RM750, boleh beli syiling emas 1 dinar. Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.
1 dinar lbmaSyiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tapi berdasarkan pemerhatian saya, coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 8% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting juga, kita jimat daripada membayar caj GST 6% (disebabkan ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa –London Bullion Market Association). Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.
Selain daripada faktor itu, ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold kalau sahabat pembaca nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah ejen Public Gold, cuma apa yang boleh saya katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!
Wallahu a’lam.
Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…

No comments:

Post a Comment